Anggota kumpulan Kumpulan_Fotograf

Pada awal penubuhannya (1987), Fotograf terdiri daripada 4 anggota asal iaitu :

  1. Mohd Shamrin Abd Samad (Shamrin) - Vokal
  2. Shahrul Bahrain Ahmad (Shahrul, Abul) - Gitar Utama
  3. Amran Abu Sidek (Amran, An) - Bass
  4. Sham Ahmad (Ringgo) - Dram

Selepas album 7:30 Psikosis dikeluarkan pada tahun 1990, Amran menarik diri dari Fotograf lalu menubuhkan kumpulan Damasutra yang juga bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Tempat Amran sebagai pemain bass kemudiannya digantikan oleh Said.

Line-up Fotograf pada tahun 1990 :

  1. Shamrin - Vokal
  2. Shahrul - Gitar Utama
  3. Said - Bass
  4. Ringgo - Dram

Pada tahun 1991, anggota Fotograf bertambah menjadi lima orang dengan kemasukan Almi sebagai pemain gitar kedua kumpulan tersebut. Mereka berlima kemudiannya menghasilkan album ketiga yang berjudul Fotograf '92 pada tahun 1992.

Line-up Fotograf pada tahun 1991 :

  1. Shamrin - Vokal
  2. Shahrul - Gitar Utama
  3. Almi - Gitar Kedua
  4. Said - Bass
  5. Ringgo - Dram

Fotograf meneruskan karier mereka dengan menghasilkan album ketiga yang berjudul Fantasi pada tahun 1994. Malangnya, ketiadaan Shahrul, Almi dan Said dalam album tersebut akibat krisis dalaman menyebabkan Fotograf terpaksa meneruskan karier dengan dua anggota asal iaitu Shamrin dan Ringgo. Namun begitu, Almi kembali menganggotai Fotograf dalam album Fokus pada tahun 1995 dan album studio terakhir mereka, Juara Mimpi pada tahun 1997. Dua album terakhir Fotograf telah diterbitkan sepenuhnya oleh EMI, tidak seperti empat album pertama mereka yang diterbitkan oleh Sinar Muzik Productions.

Line-up Fotograf bermula pada tahun 1995 :

  1. Shamrin - Vokal
  2. Almi - Gitar
  3. Ringgo - Dram

Ketidakcukupan anggota Fotograf telah menyebabkan mereka terpaksa mengambil 3 orang sessionist untuk membantu penerbitan album-album mereka antara tahun 1994 hingga 1997. Mereka ialah :

  1. Mohd Saufi Ghazalie (Opie) - Gitar, sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Bloodshed dan kumpulan Scandals.
  2. Rawita Mohd Shah (Rawita) - Bass, sebelum ini pernah bersama Opie dalam kumpulan Bloodshed.
  3. Eddie Ahmad (Eddie) - Keyboard, sebelum ini pernah bersama kumpulan Ekamatra yang kemudiannya menganggotai kumpulan Slam pada tahun 1994.